Khamis, 26 Julai 2012

Belajar Bagaimana Menggunakan Teknikal Analisis



Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana saya mula belajar analisa teknikal (graf) sepanjang permulaan kerja saya sebagai seorang dealer. Sebelum mula bekerja dalam OSK, saya pernah pergi ke beberapa seminar ChartNexus. Tetapi untuk memahami segala-gala yang diajar dalam seminar tersebut agak susah kerana mereka mengandaikan anda tahu tentang perkara asas analisa teknikal ini.


Jadi, apabila saya mula bekerja di OSK, salah satu rakan saya telah memperkenalkan kepada saya laman web School of Pipsology. Ketika pertama kali saya membuka website tersebut, saya melihat ianya hanya menerangkan tentang bagaimana bermain atau trade melalui forex (Foreign Exchange Trade). Jadi kenapa mereka merekomenkan saya website ini?? Dan selepas itu, barulah mereka memberitahu saya bahawa di antara forex dan saham, terdapat satu cara yang sama diantara mereka, iaitu analisis teknikal.  

Kedua-dua mereka menggunakan cara yang sama iaitu analisis teknikal atau dipanggil sebagai graf. Tetapi perbezaan antara pertukaran asing (forex) dan pasaran saham ialah, forex menggunakan teknikal analisis sepenuhnya untuk meramal pergerakan pertukaran mata wang dari masa ke semasa, manakala saham pula menggunakannya sebagai combination dalam membeli atau menjual saham dengan menggunakan teknikal analisis (graf) serta beberapa analisis dari stockbroking company ataupun disebut sebagai (fundamental analysis).

Kedua-dua analisis teknikal dan fundamental ini dipercayai membentuk satu gabungan hebat yang mana ianya boleh memberikan panduan yang mantap bagi para pelabur dalam memilih saham mana untuk dibeli.

 


Apa yang penting tentang analisis teknikal atau carta graf, jika anda pandai menggunakannya dengan baik, anda boleh mengetahui masa yang baik untuk membeli atau menjual saham anda. Walaupun saham ini pada asasnya baik, setelah direkomenkan dalam research report, tetapi apabila anda membeli saham itu pada waktu yang salah (contoh: membeli ketika harga telah naik tinggi), risiko anda mendapat pulangan menjadi lebih rendah dan lebih berisiko! Itulah sebabnya mengapa analisis teknikal adalah salah satu perkara penting bagi setiap pelabur.



Oleh itu, dengan megikuti sekolah ini, anda boleh memahami dengan mudah idea-idea dan teori yang cuba disampaikan yang mana ianya boleh digunakan sebagai petunjuk untuk menilai harga saham dengan baik. Bermula dari 'tadika' sehingga ke 'tamat pengajian', mereka akan mengajar anda secara perlahan-lahan. Jadi anda tidak akan keliru tentang penjelasan yang diberikan.



Mudah-mudahan, dengan sekolah 'online' ini, anda akan dapat memahami bagaimana untuk membuat keuntungan dalam pasaran saham. Selamat belajar! =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan